Tuesday, September 20, 2011

Transformasi ERT

Transformasi Ekonomi Rumah Tangga kepada Pengajian Sains Rumah Tangga

Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun tidak melayan blog ini Cikgu Rose terpanggil untuk berkongsi maklumat terkini berkaitan dengan P&P Ekonomi Rumah Tangga. Akhirnya bidang ini akan membuka mata mereka yang tidak faham-faham berkaitan dengan subjek ini. Minggu lepas Cikgu Rose telah dijemput ke Permai Hotel dengan beberapa orang guru dari Kelantan dan guru dari zon Timur untuk mendraf Dokumen Standard Kandungan dan Standard pembelajaran bagi mata pelajaran Pengajian Sains Rumah Tangga iaitu nama asal bagi mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga.
Keluh kesah golongan pendidik yang mengajar ERT selama ini insya Allah akan hilang. Cikgu Rose rasa sangat gembira kerana bidang Pengajian Sains Rumah Tangga akan ditawarkan ke sekolah SBP, SMKA, Sekolah Aliran Perdana untuk murid-murid yang lebih celik minda. Tujuannya supaya mata pelajaran ini akan melahirkan pelajar yang akan menjadi tenaga profesional atau pun untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang paling tinggi bukan sekadar sijil aje. Tahniah kepada Pn Rosy Mastura yang sedang berhempas pulas menyiapkan PHD.
Pada tahun 2014 nanti SMT akan ditutup dan segelintir akan menjadi Kolej Vokasional. Pelajar tingkatan 1 akam memperolehi SKM tahap 1 dengan matapelajaran Pengajian Asas Vokasional.Sama-sama kita tunggu transformasinya.

No comments:

Post a Comment