Tuesday, September 20, 2011

Transformasi ERT

Transformasi Ekonomi Rumah Tangga kepada Pengajian Sains Rumah Tangga

Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun tidak melayan blog ini Cikgu Rose terpanggil untuk berkongsi maklumat terkini berkaitan dengan P&P Ekonomi Rumah Tangga. Akhirnya bidang ini akan membuka mata mereka yang tidak faham-faham berkaitan dengan subjek ini. Minggu lepas Cikgu Rose telah dijemput ke Permai Hotel dengan beberapa orang guru dari Kelantan dan guru dari zon Timur untuk mendraf Dokumen Standard Kandungan dan Standard pembelajaran bagi mata pelajaran Pengajian Sains Rumah Tangga iaitu nama asal bagi mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga.
Keluh kesah golongan pendidik yang mengajar ERT selama ini insya Allah akan hilang. Cikgu Rose rasa sangat gembira kerana bidang Pengajian Sains Rumah Tangga akan ditawarkan ke sekolah SBP, SMKA, Sekolah Aliran Perdana untuk murid-murid yang lebih celik minda. Tujuannya supaya mata pelajaran ini akan melahirkan pelajar yang akan menjadi tenaga profesional atau pun untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang paling tinggi bukan sekadar sijil aje. Tahniah kepada Pn Rosy Mastura yang sedang berhempas pulas menyiapkan PHD.
Pada tahun 2014 nanti SMT akan ditutup dan segelintir akan menjadi Kolej Vokasional. Pelajar tingkatan 1 akam memperolehi SKM tahap 1 dengan matapelajaran Pengajian Asas Vokasional.Sama-sama kita tunggu transformasinya.

Sunday, September 18, 2011

Wednesday, October 21, 2009

Assalamualaikum. Lama tak bersua. Sibuk sikit sebab berhari ra'ya .Cikgu Rose nak kongsi pengalaman membuat modul di Hotel Federal Bukit Bintang dengan guru -guru lain dari seluruh Malaysia. Setiap negeri diwakili oleh dua orang guru jurulatih utama atau guru cemerlang setiap matapelajaran. Lama tak jumpa seronok juga berkongsi cerita.
Slot kami memang meletihkan terutama untuk usia 'remaja' macam kami. Orang putih kerja dari pagi sampai petang tapi tenaga kami diperah sehingga lewat malam. Kes aniaya ni walaupun makan minum kami dijaga sepenuhnya sehingga tak larat nak mengadap makanan yang disajikan.
Anyway kami perlu membuat modul untuk keseluruhan silibus ERT . Bayangkan dalam masa tiga hari produk mesti dikeluarkan. Kami perlu membuat modul yang terdiri dari nota ringkas, soalan dan skema sekali. Kejap-kejap komputer hang. Sakit jiwo den. Macam-macam virus yang ada. Nasib baik adale sikit ilmu nak pujuk laptop.
Disini ada Cikgu Rose masukkan hasil kerja yang separuh siap untuk tatapan anak-anak dan rakan semua. Minggu depan sesi kedua untuk pembinaan modul bagi tahap 2 pula di Port Dickson. Apa-apa pun demi anak-anak semua kukorbankan suami, keluarga, jiwa dan raga. Balik lentuk sebab letih turun naik monorail , exercise untuk keluarkan peluh dan habiskan duit. Pokai den dahlah gaji bulan depan lambat lagi.
Cikgu Rose juga sedih sebab impian untuk naik haji tahun ini belum termakbul. Orang lain dah berangkat. Doakan supaya kami masih ada peluang untuk menunaikan rukun Islam yang ke lima ini.Ideos jumpa lagi.

Thursday, July 30, 2009

Selamat Berkenalan Dengan Cikgu Rose

Assalamualaikum w.b.t.

Salam satu Malaysia. Semoga anda sihat sejahtera.
Cikgu Rose sedang berkhidmat di SMK Pengkalan Chepa 2, Kota Bharu. Dah 20 tahun mengajar. Rasanya banyak pengalaman dan ilmu yang boleh dikongsi bersama . Cikgu Rose rasa kita semua beruntung kerana telah terlibat dengan subjek ini. Sebenarnya tak kira lelaki atau perempuan ilmu ERT ini mesti dikuasai . Ianya begitu sinonim dengan kehidupan harian kita.
Ilmu ini boleh diaplikasikan dalam ruang lingkup kehidupan yang amat luas. Cikgu Rose ingin berkongsi pengalaman supaya Cikgu Rose boleh meningkatkan lagi prestasi akademik murid-murid Cikgu Rose di sekolah.
Dalam blog ini Cikgu Rose memaparkan kerja buat yang telah dihasilkan . Sekarang Cikgu Rose ada masa untuk mempelbagaikan bahan pengajaran sebab anak-anak dah besar. Pendek kata kebanyakan masa di sekolah dan di rumah kerjanya sama, buat modul, buat soalan, cari skema, buat simulasi Power Point dan lain-lain. Sapa-sapa yang berminat boleh download aje. Rasanya boleh digunakan untuk pelajar dan guru ERT di seluruh Malaysia.
Jumpa lagi............wassalam.